Thursday, April 8, 2021 0 comments

KHAS KEPADA PENCINTA MAKANAN SUNNAH YANG INGIN MENJAGA KESIHATAN, KECANTIKAN DAN KECERDASAN OTAK.

Menjaga pemakanan sangat penting untuk satu organ kita yang penting iaitu otak.

Kurma di iktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai buah yang bagus untuk otak.

Antaranya kurma dapat :

💕 Membantu pesakit anemia

💕 Menguatkan tulang

💕 Meningkatkan tenaga batin

💕 Mengawal berat badan

💕 Mencegah kanser

💕 Mengelak serangan angin ahmar.

Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf.
Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.

Kepada anda yang ingin amalkan makanan sunnah sebagai supplemen harian ,tengok video di bawah .

Klik link di bawah untuk pembelian Amoora Superfood dengan harga ISTIMEWA!!

👉 https://amoorasuperfoodorder.wasap.my
👉 https://amoorasuperfoodorder.wasap.my
👉 https://amoorasuperfoodorder.wasap.my

#AzuaLegacy
#AmooraSuperfood





Wednesday, January 6, 2021 5 comments

BERNIAGA KALI INI BANYAK MENGUBAH HIDUP KAK AZUA SEBAGAI SEORANG IBU DAN SURIRUMAH, BUKAN KEWANGAN SAHAJA TAPI JUGA KESIHATAN

Saat paling indah berbisnes ni bila kita dapat HASIL dan IMPIAN KITA termakbul dari bisnes yang kita lakukan.

Ini bukan bisnes pertama Kak Azua, tapi dengan bisnes ini banyak perkara baru yang Kak Azua dapat, tentang ilmu mengenal Allah dan juga sayang diri sendiri. Ya, ini bukan bisnes yang fokus tentang sales semata, tapi bisnes yang diselitkan sekali ilmu untuk diri sehingga kita akan rasa amat bahagia dengan orang sekeliling kita. 

Untuk bisnes Amoora, Kak Azua bermula dari kejatuhan. Dari ZERO to HERO for myself.

Seorang ibu kepada 5 orang anak, baru disahkan mengandung dan seorang surirumah. Mula kenal produk Amoora pada Dec 2018 sebagai customer, yang asalnya nak makan disebabkan monink sickness yang teruk dan badan langsung tak bermaya, dah macam kain buruk. Mula jatuh hati pada Amoora bila monink sickness hilang dan badan cergas bertenaga, dapat pula feedback dari Kak Ipar masalah dalaman dia sembuh. 


Nekad ingin mencuba nasib asalnya dengan Amoora, maka bermulalah bisnes tanpa modal pada 1.1.2019. Dari situ bermula lah episod perjalanan bisnes Kak Azua dengan Amoora dari Dropship kepada Ejen, upgrade kepada Stokis, kemudian Leader dan akhirnya di OFFER oleh HQ untuk menjadi salah seorang TOP LEADER Amoora.  Alhamdulillah, tanggal 1.1.2021 hari tu, genap 2 Tahun Kak Azua bersama dengan Team Amoora. 



Siapa kata surirumah tidak boleh lakukan kerja atau berbisnes online dari rumah. Buktinya ibu anak 6 ni, yang anak anak semua masih kecil mampu untuk pergi jauh walau hanya bisnes dari rumah. Dengan keadaan semasa kita sekarang, Kak Azua memang lagi galakkan ibu2 di rumah, surirumah, atau ibu2 yang memang perlukan duit lebih, buatlah bisnes online. Jangan buang masa dengan merenung diri saja. Lakukan perubahan, bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri sendiri dan untuk kebaikan bersama keluarga tersayang.




Alhamdulillah dari cuba cuba saja sebagai customer yang pregnant, lepas tu terjatuhhhhh cinta ❤️ dengan produk Amoora yang pertama Amoora Original. Monink Sickness berlalu pergi bagai angin lalu ditambah pula ECZEMA yang teruk giler keadaannya bagai dihiris2 lukanya, bersalin kulit setiap 2 minggu yang hampir 12 tahun duk tanggung sembuh 100%. 



Dengan amalkan Amoora Superfood setiap hari, Allah bagi lagi rezeki sepanjang pregnant tiada alahan yang teruk, bacaan HB sentiasa tinggi dan bacaan GDM semasa pregnant pun cantik. Di saat2 akhir nak bersalin juga Allah permudahkan, tak sampai sejam sakitnya dah bersalin. Dengan keadaan baby yang sihat dan putih gebuusss.. 👶


Tak menyesal terdetik hati nak jadi ejen Amoora. Orang kata, rezeki tu kalau Allah nak bagi kat kita tak usah lari atau beralasan dah, buat saja. Dalam setahun Allah bagi rezeki sales dan team AzuaLegacy yang semuanya hebat2 belaka. Datang dan pergi tu normal dalam bisnes tapi yang kekal dan jatuh cinta dengan AMOORA memang dapat hasilnya berbaloi-baloi. Rebut peluang berbisnes ni dan dapat pula ilmu dari Mamii Hida. Tak susah bila kita fikir senang, dan takkan senang jika kita selalu fikir susah. Usaha dan tindakan kena ada. Dalam apa jua bisnes, FOKUS tu penting kalau kita nak pergi lebih tinggi. Tahniah pada yang kekal perjuangkan makanan bernutrisi tinggi berasaskan makanan sunnah ni, Amoora Superfood.

Dari 1 produk saja, alhamdulillah sekarang dah 10 jenis produk berjaya dipasarkan. Dan Inshaallah bakal menyusul lagi beberapa jenis produk.


Dari segi pencapaian, bukan pada Kak Azua sahaja tapi pada anak2 team AzuaLegacy juga. Kak Azua bukan siapa siapa pun, hanya surirumah sepenuh masa dengan 6 orang yang masih kecil. Tapi, Allah rezekikan dengan Amoora, tahun pertama dapat lunaskan beberapa Amanah, dapat bahagiakan anak2 dan suami, dapat sponsor all-in-one satu family untuk sambutan hari raya 2019. Antara kejayaan lain dapat tunaikan kewajipan bayar zakat, syukur Allah bagi rezeki dapat tambah nilainya setiap bulan. Tahun Kedua, dapat beli family car, syukur alhamdulillah sebab ni salah satu impian kami sekeluarga. Dan banyak lagi la yang dah dicapai impiannya. Syukur Alhamdulillah 🤲








Yang bestnya, anak team AzuaLegacy pun ada yang berjaya keluar dari kehidupan biasa2 ke luarbiasa. Dan ada yang dapat reward keramat hidup gelang emas hasil ber Amoora. Ada yang dah lama tak sentuh duit gaji. Ada yang terkesan dari kena buang kerja, akhirnya dapat duit hasil Amoora untuk support family dan ada juga dah dapat beli perabot rumah hasil dari jualan Amoora. 



Alhamdulillah. Ini lah KEBAHAGIAAN sebenar bila berniaga. Bukan pada diri sendiri sahaja. Tapi kejayaan dan kebahagiaan itu dirasai oleh semua team.



Terima kasih Mamii Hida kerana beri peluang pada kami semua. Segala ilmu dan kebaikan yang Mamii berikan hanya Allah saja dapat balasnya... 😘


Pada yang tercari cari untuk mulakan perniagaan dan masih tak tahu bisnes apa yang dia nak lakukan. Kak Azua hulurkan tangan untuk berkongsi tentang bisnes Amoora ni. Boleh hubungi Kak Azua bila bila masa sahaja. Inshaallah Kak Azua bantu..


💕 Kak Azua

TOP LEADER AMOORA

#AzuaLegacy


https://linktr.ee/azuaeida







Saturday, October 31, 2020 0 comments

RAHSIA KUAT SEORANG WANITA KINI BUKAN LAGI RAHSIA


" Saya makan Amoora ni disebabkan badan saya selalu letih dan cepat mengantuk. Sampaikan bila duk kat dapur goreng ikan pun boleh nak tertidur sebab penat sangat. Tapi Alhamdulillah selepas saya makan Amoora Superfood ni walaupun hari biasa sibuk dengan  mengajar, balik rumah masih cergas sambung buat kerja rumah. Takder dah mengantuk atau letih. Sampai kan suami pun tegur nampak saya makin aktif, ceria dan kulit pun dia kata makin berseri " Puan Mai, Johor.


" Badan Siti banyak angin, kadang tu duk sesaja pun boleh sendawa angin non stop. Keje dalam ofis ada aircond.  Malu jugak kat kengkawan. Pastu perut selalu rasa sebu. Ni dah seminggu lebih minum Supertea tiap pagi, badan rasa ringan, sakit kepala sebab angin pun dah kurang. Mula mula minum tu kuat juga kluar angin, tapi pastu lega sangat. Dah takder dah sekarang ni. Perut pun nampaknya dah kempis sikit, sluar ada rasa longgar sikit la kat bahagian perut." Cik Siti, Selangor.



" Betul la kak, beza sungguh berpantang anak sulung dengan no 2 ni. Lagi seminggu nak cukup 44 hari. Kalau sebelum ni darah nifas saya amik masa lama baru habis. Yang ni tak lama. Saya makan yang Original dan Limited Edition lepas bersalin smpai arini. Pastu luka tempat jahit tu cepat baik, sekejap je surut bengkaknya. Cepat kering dan takder rasa sakit pun kat tempat jahit tu. Yang bestnya susu badan jadi banyak. Kenyang cepat baby nya, susu pun pekat. Tak sabar nak cuba yang Bidadari pulak." Pn Lin, Melaka.




Antara perkongsian dari Amoora's Lover. Beratus lagi testimoni-testimoni yang terbukti Amoora Superfood dapat membantu memberi tenaga, menyihatkan badan, mencantikkan kulit, membantu stabilkan bacaan darah dan gula, membantu masalah dalaman wanita, membantu tingkatkan mood happy untuk anak anak supaya dapat fokus dalam pelajaran dn banyak lagii.

Amoora Superfood adalah makanan campuran buah-buahan SUPERFOOD, bijirin-bijirin Organik dan makanan sunnah seperti Kurma Ajwa, Kurma Sukari, Kismis Hitam, Buah Tin, Buah Delima, Habatussauda, Minyak Zaitun, Madu, Arabic Gum yang DIJAMIN khasiatnya dah tertulis dapat membantu tahap kesihatan tubuh badan kita dan setiap makanan ini kaya dengan Nutrisi dan Vitamin.

+ PROMOSI OCT

Bidadari RM65 untuk 2 botol

Limited Edition (LE) RM100 untuk 2 botol/ RM55 sebotol

Kiddo Dates RM100 untuk 2 botol/RM55 sebotol

Original RM30 sebotol

Gold Edition RM28 sebotol

Supertea RM49 sebotol

Promosi ini akan tamat tepat pada jam 12 malam hari ini. Jika anda tidak mahu terlepas peluang keemasan untuk dapatkan harga jimat dari RM2 hingga RM20 ini. Segera dapatkan dari Ejen-ejen dan Stokis berdaftar kami sekarang.

Anda juga boleh hubungi kami di whatsapp dan facebook.

+ FREE MEMBERSHIP

Untuk pembelian RM150 ke atas akan diberi PERCUMA Keahlian. Kelebihan sebagai ahli adalah anda akan dapat potongan sebanyak 5% untuk pembelian seterusnya.

Cepat dapatkan harga Promosi hari ini. 

+ FREE POS & FREE GIFT

Untuk pembelian 3 botol dan ke atas mana-mana produk Promosi ini, anda layak untuk dapat Free Pos dan Free Gift dari kami. Khas kami berikan untuk anda. 


#AmooraSuperfood #AzuaLegacy



Wednesday, October 21, 2020 0 comments

NUUFIT MINUMAN UNTUK DETOX, BEAUTY DAN SLIMFIT

NUUFIT Merupakan minuman berbentuk serbuk halus dalam sachet yang dibuat khas untuk anda yang pentingkan kecantikan kulit dan menjaga berat badan. Tiada lagi kulit kusam dan tak bermaya. Tiada lagi lemak di badan anda.

Anda pastinya ingin miliki kulit yang halus mulus, bersih dan sihat kan? Dan juga Inginkan berat badan ideal dan kekal menten shape yang anda mahukan? Kan lebih mudah jika ianya ada dalam 1 produk. Jimat masa, jimat duit untuk 1 produk saja.

Minumlah NUUFIT gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti limau gedang, Mangga Afrika, Epal Hijau, Ubi Bit, Avocado, Luo Han Guo, Senna, Rasberi Keton, Asam Gelugur dan juga Vitamin C. Keenakan rasanya pasti membuatkan anda tidak puas meminumnya.

KHASIAT Hasil 
campuran Vitamin dan Nutrisi dari Buah-buahan dan Sayur-sayuran dalam NUUFIT akan menjadikan

✔ Kulit Awet Muda
✔ Mengurangkan Garis-garis Halus di Wajah
✔ Membantu Mengurangkan Kesan Selulit
✔ Mencantikkan Rambut dan Kuku
✔ Menurunkan Berat Badan
✔ Melancarkan Sistem Penghadaman




RAMUAN dalam NUUFIT :

Maltitol, Serbuk Jus Limau Gedang, Serbuk Jus Epal Hijau, Inulin, Ekstrak Morosil, Ekstrak Asam Gelugor, Ekstrak Senna, Ekstrak Mangga Afrika, Serbuk Campuran Buah-buahan & Sayur-sayuran, Ekstrak Ubi Bit, Ekstrak Rasberi Keton, Ekstrak Luo Han Guo, Campuran Vitamin, Ekstrak Acai Beri, dan Ekstrak Avocado.

CARA PENYEDIAAN NUUFIT :

Bancuh 1 sachet bersama 150ml air sejuk. Dan bancuh sehingga serbuk sebati dengan air.

** Disyorkan menggunakan shaker supaya serbuk cepat larut sebati


Sekotak ada 14 sachets : 1 Sachet 15gm

HARGA :
MALAYSIA - RM180 SEM, RM190 SS
BRUNEI - BND 65
SINGAPORE - SGD 65

0 comments

JATUH CINTA DENGAN NUUFIT 🧡🧡



Satu satunya produk minuman yang kaya vitamin dan protein dari pelbagai jenis buah dan sayur.  Berbentuk serbuk dalam sachet.

Walaupun ada kandungan dari sayuran tapi sedikit pun takder rasa sayur tetapi rasa sebijik cam jus orange guava yang sangat sedapp dan nyaman bila diteguk lalu laju di tekak sejuk2 tu. Nikmatnya terasa kalau minum pepagi dan rasai lah sendiri kelazatannya. 

Bukan setakat sedap je tau. Tapi khasiat dia tu yang Kak Azua paling suka. Yang mana kulit kusam atau jerawat takmo hilang tu minumlah Nuufit. Tengok sendiri betapa pantasnya jerawat tu mengecut, bukan saja jerawat mengecut, kesan hitam bekas jerawat tu pun akan slowly pudar. Tak perlu susah2 nak tepek pape kat muka dah. Minum dia satu sachet sehari dah cukup.

Bab melawaskan tu tak usah cakap la. Memang melawaskan sangat2. Tengok la berapa orang duk share dulu susah bebenor nak ke tandas, sekarang dah setiap hari membuang dengan selesa. Takder sembelit, takder dah luka sebab buasir. Kan bestt camtu. Siap detox sekali buang segala minyak, lemak, toksin yang menempel kat dinding usus. Keluar semua najis yang kaler gelap tu. Kempis perutnya, badan pun boleh terbentuk balik cam dulu2. Nak cepat exercise la sekali yea. 

PKPB ni duk rumah je kan, rajin2 la exercise. Jangan lupa timbang berat dan ukur lilit mana yang patut tu sebelum minum yea. Monitor sendiri perubahan yang dapat nanti. 😉

Ya Allah mudahnya kan. Dalam 1 sachet je dah boleh dapat semua tu. Yang mana memang sayang sangat dengan diri sendiri dan suka akan kecantikan dan ambil berat tentang berat badan dia. Cuba Nuufit ni. Lelaki ke perempuan ke semua boleh minum. No sugar dan no kolagen yea. 

Nak tahu lebih detail boleh roger Kak Azua..

💕

 Kak Azua



Saturday, October 17, 2020 2 comments

URAT SIMPUL @ VENA VARIKOS

Apa benda pula urat simpul ni? Urat kita bersimpul cam tali benang tu ker? Takder lah. Urat simpul ni kalau perasan akan ada salur darah yang timbul kaler biru purple camtu kat kaki. Selalunya yang ramai kena orang pompuan. Dan tak semestinya kat kaki je, kadang2 ada terjadi kat bahagian2 tertentu.


Masalah urat simpul ni selalu jadi kat mama2 masa pregnant. Ada orang jadi time pregnant je, habis pregnant dia hilang, ada orang dia akan kekal camtu walaupun dah bersalin. Kak Azua la tu, kena urat simpul di betis sejak mengandung anak sulong. Lepas bersalin pun tak hilang2.

Bila ada urat simpul ni, berjalan lama sikit ke, berdiri lama sikit ke mulalah sakit kat kaki tu. Bukan setakat sakit, dia membengkak keras terus. Sakittt, nak jalan pun susah. Kadang2 rasa macam kena cucuk2 jarum gitu kalau dah sakit. Mujurlah ada encik suami bantu tolong picit, tolong sapu minyak panas. Dah puas berurut pun, memang saluran darah urat tu takmo elok, camtu la jugak dia sampai anak ke 5. Aikk! bukan ada 6 ke anak..😁

Ye betul, Alhamdulillah. Kak Azua sendiri pun tak perasan bila urat simpul ni hilang. Sebab dah malas nak fokus kat dia. Yelaaa, dah 11 tahun tanggung, malas nak fikir dah orang kata. Tapi, masa pregnant baby Anas. Allah izinkan urat simpul tu kembali normal keadaannya. Itupun kak Azua perasan bilamana berjalan sana sini dah tak sakit betis lagi. Dan bila tengok, kaki dah tak bengkak dan lembut normal sama cam sebelah kaki lagi. Urat simpul jadi kat sebelah kaki je.

Nak tahu apa yang Kak Azua amalkan? Time tu pregnant. Jadi Kak Azua Yakin sangat2 ni kesan dari Kak Azua makan Amoora Superfood Original. Sebab time pregnant memang Kak Azua tak makan pape ubat (ubat mengandung pun tak makan 🤭) or suplemen kecuali Amoora Superfood. 

Urat simpul ni kalau nak tahu ia terjadi disebabkan dinding saluran darah kite  lemah. Jadi darah terkumpul kat situ. Bila terkumpul tu la buatkan dia membengkak dan kite nampak urat tu timbul. Jadi Kak Azua Percaya yang khasiat yang terkandung dalam Amoora Superfood ni lah yang bantu saluran darah tu kembali kuat dan boleh berfungsi macam normal.

Now memang dah takder dah lenguh2 kaki ke, betis bengkak keras cam kayu dah ke, urat timbul ke. Boleh senyumm lebar dah. 

Yang penting nak sembuh ni takleh makan arini esok terus baik ye. Kena istiqomah makan setiap hari. Dan hasilnya, anda dapat apa yang anda mahukan. 

Alhamdulillah... kalau ada masalah urat simpul juga, boleh ikhtiar dengan Amoora Superfood. Jangan duk biar, sakitnya kita sendiri yang rasa, bukan orang lain. 

💕 Kak Azua


Friday, October 16, 2020 0 comments

AMOORA SUPERFOOD ORIGINAL

Amoora Superfood Original adalah produk Energy Ball from Sunnah Food yang pertama dikeluarkan pada bulan Oct 2018. Ianya dihasilkan selepas beberapa kajian dibuat dengan teliti oleh Puan Pengasas Amoora bersama beberapa pakar pemakanan yang bertauliah. 

Amoora Superfood Original ini dihasilkan  khas untuk penjagaan kesihatan badan. Sebagai 'pembantu' untuk jaga sistem badan kita yang hari hari makan bermacam makanan yang berminyak, berlemak, kolestrol tinggi. 

Jadi, untuk melindungi badan kita agar sentiasa sihat, Amoora Superfood Original bertindak sebagai pelindung dengan membekalkan nutrisi dan zat yang secukupnya untuk tubuh badan kita tanpa menjejaskan khasiat asli dari superfood yang berasaskan pemakanan sunnah dan bijirin organik. 

AmooraSuperfood ini terbukti amat membantu dan kami telah menerima banyak testimoni yang menggembirakan seperti

✅ Susu badan meriah selepas bersalin

✅ Dapat turunkan bacaan darah tinggi

✅ Merawat masalah keputihan

✅ Naikkan HB ketika mengandung

✅ Membantu masalah sembelit kanak kanak dan dewasa

✅ Membekalkan tenaga pada warga tua

✅ Meningkatkan kembali selera makan bagi yang ada masalah hilang selera makan

✅ Menurunkan berat badan

✅ Anak lebih fokus belajar


Amoora Superfood Original ini boleh diamalkan seisi keluarga dari umur bayi 6 bulan sehinggalah orang tua. Kanak kanak amat sesuai sangat yang ini untuk bantu fokus dalam belajar. Ibu menyusu pun amat elok amalkan sebagai milkbooster dan ibu mengandung boleh amalkan seawal mengandung bagi memberi tenaga dan menaikkan HB.


Thursday, October 15, 2020 0 comments

APA ITU AMOORA SUPERFOOD?

AMOORA SUPERFOOD

**********************

Terdapat pelbagai jenis makanan di pasaran pada masa kini yang dihasilkan untuk tujuan memberi manfaat dan khasiat yang baik pada kesihatan badan manusia. Ada yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan, sayur sayuran dan juga buah buahan. 

Apa bezanya pula dengan Amoora Superfood?

Amoora Superfood dihasilkan dari campuran buah buah superfood, minyak zaitun dan juga bijirin organik. Setiap Amoora Superfood mengandungi Varieti Kurma, Kurma Ajwa, Buah Tin, Kismis Hitam, Minyak Zaitun Palestin, Minyak Kelapa Dara, Aprikot, Delima, Madu Sidr dan Arabic Gum. Ada sebahagiannya pula ditambah dengan Madu Longan, Minyak Sacha Inchi, Kurma Sukari, Kurma Medjool dan Saffron.

Setiap satunya ada kelebihan dan khasiat yang berbeza beza mengikut keperluan tubuh badan kita. Walaupun ianya hanya makanan tetapi Amoora Superfood Kaya dengan Nutrisi, mikronutrisi, vitamin, Omega dan zat yang diperlukan untuk kekal sihat dan mampu untuk mengurangkan kesakitan atau membantu masalah yang dihidapi sesetengah orang. 


#AzuaLegacy



 
;