Saat paling indah berbisnes ni bila kita dapat HASIL dan IMPIAN KITA termakbul dari bisnes yang kita lakukan.
Ini bukan bisnes pertama Kak Azua, tapi dengan bisnes ini banyak perkara baru yang Kak Azua dapat, tentang ilmu mengenal Allah dan juga sayang diri sendiri. Ya, ini bukan bisnes yang fokus tentang sales semata, tapi bisnes yang diselitkan sekali ilmu untuk diri sehingga kita akan rasa amat bahagia dengan orang sekeliling kita.
Untuk bisnes Amoora, Kak Azua bermula dari kejatuhan. Dari ZERO to HERO for myself.
Seorang ibu kepada 5 orang anak, baru disahkan mengandung dan seorang surirumah. Mula kenal produk Amoora pada Dec 2018 sebagai customer, yang asalnya nak makan disebabkan monink sickness yang teruk dan badan langsung tak bermaya, dah macam kain buruk. Mula jatuh hati pada Amoora bila monink sickness hilang dan badan cergas bertenaga, dapat pula feedback dari Kak Ipar masalah dalaman dia sembuh.
Nekad ingin mencuba nasib asalnya dengan Amoora, maka bermulalah bisnes tanpa modal pada 1.1.2019. Dari situ bermula lah episod perjalanan bisnes Kak Azua dengan Amoora dari Dropship kepada Ejen, upgrade kepada Stokis, kemudian Leader dan akhirnya di OFFER oleh HQ untuk menjadi salah seorang TOP LEADER Amoora. Alhamdulillah, tanggal 1.1.2021 hari tu, genap 2 Tahun Kak Azua bersama dengan Team Amoora.
Siapa kata surirumah tidak boleh lakukan kerja atau berbisnes online dari rumah. Buktinya ibu anak 6 ni, yang anak anak semua masih kecil mampu untuk pergi jauh walau hanya bisnes dari rumah. Dengan keadaan semasa kita sekarang, Kak Azua memang lagi galakkan ibu2 di rumah, surirumah, atau ibu2 yang memang perlukan duit lebih, buatlah bisnes online. Jangan buang masa dengan merenung diri saja. Lakukan perubahan, bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri sendiri dan untuk kebaikan bersama keluarga tersayang.
Alhamdulillah dari cuba cuba saja sebagai customer yang pregnant, lepas tu terjatuhhhhh cinta ❤️ dengan produk Amoora yang pertama Amoora Original. Monink Sickness berlalu pergi bagai angin lalu ditambah pula ECZEMA yang teruk giler keadaannya bagai dihiris2 lukanya, bersalin kulit setiap 2 minggu yang hampir 12 tahun duk tanggung sembuh 100%.
Dengan amalkan Amoora Superfood setiap hari, Allah bagi lagi rezeki sepanjang pregnant tiada alahan yang teruk, bacaan HB sentiasa tinggi dan bacaan GDM semasa pregnant pun cantik. Di saat2 akhir nak bersalin juga Allah permudahkan, tak sampai sejam sakitnya dah bersalin. Dengan keadaan baby yang sihat dan putih gebuusss.. 👶
Tak menyesal terdetik hati nak jadi ejen Amoora. Orang kata, rezeki tu kalau Allah nak bagi kat kita tak usah lari atau beralasan dah, buat saja. Dalam setahun Allah bagi rezeki sales dan team AzuaLegacy yang semuanya hebat2 belaka. Datang dan pergi tu normal dalam bisnes tapi yang kekal dan jatuh cinta dengan AMOORA memang dapat hasilnya berbaloi-baloi. Rebut peluang berbisnes ni dan dapat pula ilmu dari Mamii Hida. Tak susah bila kita fikir senang, dan takkan senang jika kita selalu fikir susah. Usaha dan tindakan kena ada. Dalam apa jua bisnes, FOKUS tu penting kalau kita nak pergi lebih tinggi. Tahniah pada yang kekal perjuangkan makanan bernutrisi tinggi berasaskan makanan sunnah ni, Amoora Superfood.
Dari 1 produk saja, alhamdulillah sekarang dah 10 jenis produk berjaya dipasarkan. Dan Inshaallah bakal menyusul lagi beberapa jenis produk.
Dari segi pencapaian, bukan pada Kak Azua sahaja tapi pada anak2 team AzuaLegacy juga. Kak Azua bukan siapa siapa pun, hanya surirumah sepenuh masa dengan 6 orang yang masih kecil. Tapi, Allah rezekikan dengan Amoora, tahun pertama dapat lunaskan beberapa Amanah, dapat bahagiakan anak2 dan suami, dapat sponsor all-in-one satu family untuk sambutan hari raya 2019. Antara kejayaan lain dapat tunaikan kewajipan bayar zakat, syukur Allah bagi rezeki dapat tambah nilainya setiap bulan. Tahun Kedua, dapat beli family car, syukur alhamdulillah sebab ni salah satu impian kami sekeluarga. Dan banyak lagi la yang dah dicapai impiannya. Syukur Alhamdulillah 🤲
Yang bestnya, anak team AzuaLegacy pun ada yang berjaya keluar dari kehidupan biasa2 ke luarbiasa. Dan ada yang dapat reward keramat hidup gelang emas hasil ber Amoora. Ada yang dah lama tak sentuh duit gaji. Ada yang terkesan dari kena buang kerja, akhirnya dapat duit hasil Amoora untuk support family dan ada juga dah dapat beli perabot rumah hasil dari jualan Amoora.
Alhamdulillah. Ini lah KEBAHAGIAAN sebenar bila berniaga. Bukan pada diri sendiri sahaja. Tapi kejayaan dan kebahagiaan itu dirasai oleh semua team.
Terima kasih Mamii Hida kerana beri peluang pada kami semua. Segala ilmu dan kebaikan yang Mamii berikan hanya Allah saja dapat balasnya... 😘
Pada yang tercari cari untuk mulakan perniagaan dan masih tak tahu bisnes apa yang dia nak lakukan. Kak Azua hulurkan tangan untuk berkongsi tentang bisnes Amoora ni. Boleh hubungi Kak Azua bila bila masa sahaja. Inshaallah Kak Azua bantu..
💕 Kak Azua
TOP LEADER AMOORA
#AzuaLegacy
https://linktr.ee/azuaeida